33 CDERT APM ditubuhkan di Kedah - Utusan Malaysia

33 CDERT APM ditubuhkan di Kedah

AWANG Askandar Ampuan Yaacub (tengah) menyampaikan watikah di Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pegawai Bersekutu kepada Yang Dipertua GPMS Kuala Kedah, Amirul Syahir Musa di Alor Setar, Kedah, hari ini. - UTUSAN/NUR ANATI JUHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebanyak 33 Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ditubuh dengan jumlah keahlian seramai 900 orang di negeri ini.

Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub berkata, CDERT itu ditubuhkan melibatkan sebanyak 23 pasukan di kawasan komuniti, tiga di swasta, tiga di institusi kerajaan dan empat bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, CDERT yang dianggotai pelbagai lapisan umur ditubuhkan untuk persediaan berhadapan situasi kecemasan dan bencana.

Katanya, pada November tahun lalu, dua CDERT komuniti Keluarga Malaysia bawah Parlimen telah ditubuhkan seperti disarankan Perdana Menteri iaitu di Parlimen Jerai dan Baling.

“Kedua-dua Parlimen itu merupakan kawasan berisiko bencana seperti kejadian kepala air dan banjir baru-baru ini,” katanya selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pegawai Bersekutu kepada tujuh ahli Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kuala Kedah di Kompleks APM Anak Bukit di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN