2,933 orang ditahan terlibat pelbagai jenayah judi  - Utusan Malaysia

2,933 orang ditahan terlibat pelbagai jenayah judi 

ABD. JALIL HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas seramai 2,933 orang dipercayai terlibat dengan pelbagai kegiatan perjudian sepanjang tahun lalu di seluruh negara. 

Kesemua yang ditahan didapati terlibat dalam perjudian dalam talian, pusat panggilan, loteri haram, judi bookie dan judi dalam bangunan menerusi 1,528 serbuan. 

Jumlah penahanan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 43 peratus berbanding tahun lalu iaitu seramai 2,051 orang. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata,pada 2021, sebanyak 1,528 kertas siasatan dibuka manakala kira-kira 1,142 daripadanya telah dituduh. 

Menurut beliau, berbanding tahun 2020, pihaknya membuka sebanyak 779 kertas siasatan dan menuduh 581 kes.

“Pada tahun lalu, seramai 20 orang diambil tindakan pencegahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) manakala 162 individu pada 2020.

“Kontinjen Kuala Lumpur merampas sebanyak RM1.12 juta wang tunai bagi tahun 2021 dan ia meningkat 77 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu RM637,563,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Abd. Jalil berkata, PDRM mengambil maklum segala pandangan disuarakan pelbagai pihak selain melipatgandakan usaha bagi memastikan kegiatan judi dapat dibendung. 

Ujar beliau, usaha membendung terus dipertingkat melalui kerjasama dan tindakan bersepadu dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), Tenaga Nasional Berhad, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Jabatan Agama Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kita memandang serius dalam usaha membanteras sindiket perjudian dalam talian agar tidak beroperasi semula.

“Usaha dan tindakan secara berterusan masih dijalankan dengan kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya