253 individu ditahan dalam Op Ambang Tahun Baharu 2022 di Pulau Pinang  - Utusan Malaysia

253 individu ditahan dalam Op Ambang Tahun Baharu 2022 di Pulau Pinang 

RAHIMI Mohd. Ra'ais dalam sidang akhbar mengenai Op Ambang Tahun Baharu 2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Georgetown, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seramai 253 individu ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk membabitkan narkotik serta pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam Op Ambang Tahun Baharu 2022 yang dijalankan di negeri ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd. Ra’ais berkata, operasi yang bermula pukul 9 malam dan berakhir pukul 4 pagi tadi melibatkan kekuatan 146 pegawai kanan dan 821 anggota polis. 

Katanya, operasi itu melibatkan kerjasama semua jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk lima buah ibu pejabat polis daerah (IPD) di seluruh kontinjen negeri dan dirancang secara menyeluruh dan lebih sistematik. 

“Secara keseluruhannya seramai 8,164 individu dan sejumlah 4,929 buah kenderaan telah diperiksa dalam operasi berkenaan.  Seramai 253 individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya termasuk kesalahan membabitkan narkotik, serta pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di pusat hiburan di Pulau Tikus dan sebuah hotel di Batu Ferringhi,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Rahimi berkata, daripada keseluruhan jumlah tangkapan itu, polis menahan 144 individu atas pelbagai kesalahan melibatkan narkotik serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM17,338. 

“Daripada 144 individu ini, 16 daripadanya ditahan di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah jenis heroin dengan berat keseluruhan dianggarkan 112.2 gram bernilai RM3,997,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya