2,435 mangsa banjir dipindahkan di Sabah - Utusan Malaysia

2,435 mangsa banjir dipindahkan di Sabah

ANGGOTA APM menjalankan operasi pemindahan mangsa banjir di Telupid.-IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Keadaan banjir di Sabah semakin buruk apabila jumlah mangsa terjejas yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (PPS) mencecah 2,435 orang.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam berkata, setakat 8 pagi ini seramai 2,435 mangsa daripada 874 keluarga dipindahkan ke 23 PPS yang dibuka di enam daerah.

Mangsa banjir di Kota Marudu semakin bertambah kepada 1,952 orang daripada 779 keluarga yang ditempatkan di 12 PPS, berbanding 1,019 orang mangsa yang dilaporkan pada petang semalam.

Di Paitan pula, 97 orang mangsa daripada 23 keluarga terjejas dipindahkan ke tiga PPS dan di Beluran, 38 orang mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS.

Sementara itu, 51 orang mangsa daripada lapan keluarga di Telupid dipindahkan di dua PPS.

Di Sandakan pula, seramai 197 orang mangsa daripada 42 keluarga dipindahkan ke dua PPS manakala, di Pitas seramai 79 orang mangsa daripada 22 keluarga dipindahkan ke dua PPS.

Katanya, beberapa jalan dan kawasan kampung turut terputus hubungan berikutan paras air semakin naik.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya