PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak rakyat negara ini bersama-sama mencipta sinar baharu buat seluruh Keluarga Malaysia.
Kata beliau, tinggalkan tahun 2021 dengan ingatan, iktibar dan pengalaman yang penuh makna.
“Sempena Tahun Baharu 2022 ini, marilah kita mencipta sinar baharu untuk Keluarga Malaysia, membuat resolusi untuk meraikan persamaan dan mengetepikan perbezaan yang wujud antara kita.
“Kita tinggalkan tahun 2021 dengan ingatan, iktibar dan pengalaman penuh makna. Selamat Tahun Baharu 2022 saya ucapkan buat seluruh Keluarga Malaysia yang saya kasihi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. – UTUSAN ONLINE