20 rumah rosak dibadai angin lintang - Utusan Malaysia

20 rumah rosak dibadai angin lintang

NAH Iqbal Ahmad Nah Rodzi menunjukkan bumbung rumah jirannya yang rosak akibat angin lintang di Fasa 3A Seri Manjung, Perak,  hari ini. - UTUSAN/SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT:  “Saya sedang bersiap-siap mahu pergi solat Jumaat apabila mendengar bunyi angin kuat seperti bersiul dan dalam sekelip mata menerbangkan bumbung rumah.”

Itu kata Ismail Hassan menceritakan kejadian angin lintang yang merosakkan bumbung kira-kira 20 rumah penduduk Fasa 3A Seri Manjung dekat sini, tengah hari tadi.

Ismail, 61, memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, beliau melihat pusaran angin di depan rumahnya sebelum bergerak ke bahagian bumbung rumah.

Katanya, sebanyak 10 keping atap rumahnya tercabut dalam kejadian itu tetapi bersyukur ia tidak melibatkan kecederaan kepada sesiapa atau kerosakan harta benda lain.

“Kira-kira 20 penduduk membuat laporan kejadian tersebut dengan antara lima hingga enam rumah yang agak teruk termasuk rumah saya,” jelasnya.

Seorang lagi penduduk, Nah Iqbal Ahmad Nah Rodzi, 29, berkata, ketika kejadian ibu mentua dan isterinya berada di rumah sebelum melihat angin berpusar seperti puting beliung melanda bumbung rumahnya dan rumah jiran hadapannya.

“Tiada hujan, tiada ribut dan cuaca pun cerah tiba-tiba angin datang dan boleh nampak atap terbang dalam keadaan berpusing di udara,” jelas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu.

Katanya, kejadian seperti itu sudah berlaku beberapa kali di taman perumahan tersebut sejak 10 tahun lalu.

Dia percaya kejadian itu berlaku akibat kawasan bukit di Teluk Rubiah ditarah untuk projek pembangunan industri menyebabkan tiada halangan untuk tiupan angin dari arah laut ke kawasan perumahan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya