Dua polis antara ditahan positif dadah  - Utusan Malaysia

Dua polis antara ditahan positif dadah 

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Dua anggota polis berpangkat koperal dan lans koperal ditahan kerana positif dadah dalam pemeriksaan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bersama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) pada Isnin dan Selasa lalu. 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kedua-dua anggota itu berusia 31 dan 33 tahun dengan salah seorang daripada mereka mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah. 

“Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Selain daripada tindakan kepada orang awam, tindakan tegas juga diambil kepada mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Menurut Mohd. Shuhaily, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja termasuk pegawai dan anggota polis sekiranya dikesan melanggar undang-undang. 

“Pihak kami akan menjalankan ujian saringan air kencing secara berkala serta mengejut,” katanya. 

Dalam pada itu tambahnya, menerusi Operasi Tapis Khas yang dijalankan di seluruh negeri ini bermula Jumaat hingga Ahad lalu, JSJN negeri menahan 334 orang berusia 15 hingga 61 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM14,208. 

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 84 tangkapan membabitkan bekalan, memiliki dadah (154); penagih dadah (96) dan 17 orang lagi di bawah kesalahan Akta Dadah Berbahaya Langkah-langkah Pencegahan Dadah 1985. Selain itu, polis menyita tiga buah kereta dalam Operasi Tapis Khas ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya