17 individu positif Omicron pulang dari luar negara tidak divaksin

17 individu positif Omicron pulang dari luar negara tidak divaksin

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seramai 17 daripada 122 individu disahkan dijangkiti varian Omicron yang direkodkan setakat 4 Januari lalu didapati tidak mempunyai rekod vaksinasi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sedang meneliti alasan mengapa mereka tidak divaksin sehingga kini.

Tambahnya lagi, 17 individu tersebut disahkan dijangkiti varian Omicron melibatkan 10 warganegara dan tujuh bukan warganegara.

“Negara import kes Omicron tanpa rekod vaksinasi ini ialah dari United Kingdom membabitkan (4) kes, Nigeria (4), Emiriah Arab Bersatu (4) dan masing-masing satu kes dari Amerika Syarikat, Australia, Ghana, Ireland serta Arab Saudi.

“Berdasarkan siasatan awal Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap pengembara dari luar negara, kita dapati bahawa daripada 122 positif Omicron selepas masuk ke Malaysia, 14 peratus (17 kes) tiada vaksinasi.

“Di sini, wujud isu ketidak patuhan prosedur operasi standard (SOP) kerana hanya mereka yang divaksin saja sepatutnya dibenarkan melakukan perjalanan,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Katanya lagi, siasatan juga akan dibuat sama ada 14 peratus mereka yang dibenarkan keluar negara tanpa vaksin mempunyai masalah kesihatan atau sebaliknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya