143 seronok berhibur terkejut diserbu polis - Utusan Malaysia

143 seronok berhibur terkejut diserbu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keseronokan 143 pengunjung pusat hiburan termasuk dua individu bawah umur menyambut kedatangan tahun baharu terbantut setelah premis di Taman Molek dan Taman Johor Jaya, dekat sini diserbu polis tengah malam tadi.

Bukan itu sahaja, bahkan kesemua mereka turut dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pasukan tindakan khas Kontinjen Johor telah menjalankan Op Noda/Bersepadu Musim Perayaan dan Tahun Baharu di dua pusat hiburan terbabit antara pukul 12.15 hingga 12.30 tengah malam.

Beliau berkata, dalam operasi tersebut, pemeriksaan dijalankan terhadap kesemua suspek berusia 16 hingga 66 tahun. 

“Hasil serbuan mendapati kedua-dua premis tiada Lesen Hiburan Awam dan telah melanggar SOP PPN Fasa 4. Seramai 157 warga tempatan terdiri daripada 143 pelanggan, 12 pekerja dan dua penjaga premis telah diperiksa. Kesemua warga tempatan telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang. Nilai keseluruhan kompaun adalah sebanyak RM157,000,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya