Sebanyak 120 hotel henti operasi sepanjang tempoh PKP

120 hotel henti operasi sepanjang PKP

SEMUA pihak termasuk sektor pelancongan dan perhotelan mengharapkan tahun 2022 membawa sinar baharu. – FOTO/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sektor pelanco­ngan yang terjejas teruk sepanjang dua tahun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan Co­vid-19 mengakibatkan lebih 120 hotel memberhentikan operasi.

Pada masa sama ekoran PKP, ia memberi kesan kepada 640,000 syarikat yang mengusahakan produk dan perkhidmatan berkaitan pelancongan.

Naib Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Datuk Azlie Halim berkata, situasi tersebut menggambarkan bahawa situasi ‘kemarau’ dalam sektor pelancongan sudah cukup memberikan tamparan hebat kepada ekonomi negara

“Umumnya lebih empat juta individu yang bergantung harap kepada sektor pelancongan te­lah terjejas akibat pandemik Covid-19 ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Malah katanya, pada tahun 2020 sahaja, sektor pelancongan kerugian lebih RM100 billion apabila sasaran 30 juta orang pelancong tidak dapat dicapai pada tahun tersebut

Dalam pada itu beliau berkata, Pertubuhan Pelancongan Dunia (WTO) meramalkan bahawa sektor pelancongan dijangka pulih 60 peratus pada tahun ini dan akan pulih sepenuhnya pada tahun berikutnya.

Menurut beliau, meskipun ramalan demi ramalan tentang trend pasaran pelancongan adakalanya ramalan itu tepat, namun ada ketikanya jauh tersasar.

Bagaimanapun katanya, semua pihak sedia maklum selepas sekian lama dunia dilanda pendemik Covid-19, trend pelancongan turut berubah.

Malah, tambahnya, industri pelancongan lebih menjurus kepada soal nilai dan prinsip yang akan menyumbang ke arah masa depan industri tersebut yang lebih baik dan mampan.

“Pandemik Covid-19 yang ber­laku sepanjang tahun 2020 hinggalah tahun 2021 banyak memberi pengajaran buat sektor pelancongan negara khusus­nya dalam pengurusan krisis dan komunikasi,” katanya.

Menurut Azlie, di sebalik kesusahan ada kesenangan dan begitu yang diharapkan dalam konteks sektor pelancongan negara.

Katanya, semua pihak mengharapkan ada sinar di hujung terowong dan sinar itu harapkan semakin cerah pada tahun 2022 dan seterusnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya