KUALA LUMPUR: Program diminati ramai, Big Stage kembali tahun ini dengan menampilkan 11 bintang berentap dalam musim baharu yang bakal bersiaran tidak lama lagi.
Antara yang memeriahkan pentas Big Stage musim ini termasuk Aisha Retno, Megat Rahim, Elica Paujin, Ajoi Zainal, Lia Aziz, Danial Chuer, Yazmin Aziz, Tuah Adzmi dan Sofia Marieylia.
Dua peserta luar negara turut diketengahkan antaranya Syafiq Abdilah dari Brunei serta Tegar Septian (Indonesia).
Big Stage kali menampilkan semula penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin serta penyanyi dan komposer terkenal, Ajai sebagai juri.
Selain itu, program ini juga mengekalkan pelakon dan pengacara Sherry Al Hadad dan Alif Satar sebagai pengacara.
Rangkaian program ini akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan boleh juga disaksikan menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.
Konsert mingguan pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 8 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 6 Febuari 2022.