Zuraida sumbang misi bantuan Parti Bangsa Malaysia?

Zuraida sumbang misi PBM?

MUHAMMAD Shazlee Muhamad Nazlee (dua dari kanan) memberi taklimat kepada sukarelawan sebelum Misi Bantuan Pasca Banjir Parti Bangsa Malaysia di Dataran Shah Alam hari ini. - FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Zuraida Kamaruddin dilaporkan menyokong sukarelawan dari Parti Bangsa Malaysia (PBM) membantu kerja-kerja pembersihan rumah mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (Bersatu) dikatakan menyumbang kepada Misi Bantuan Pasca Banjir PBM selama dua hari di enam kawasan.

Ketua Koordinator Gerakan Sukarelawan Saya Cinta Kami Kamu Bangsa Malaysia, Muhamad Shazlee Muhamad Nazlee berkata, beliau melihat Ahli Parlimen Ampang komited untuk dalam misi bantuan daripada PBM.

“Terima kasih kepada Ahli Parlimen Ampang atas sumbangan kepada misi ini dan beliau juga ingin melihat kami membantu mangsa banjir dan sentiasa komited untuk menyokong usaha kami,” katanya selepas Pelancaran Misi Bantuan Pasca Banjir PBM di Dataran Shah Alam, di sini hari ini.

Jelas beliau lagi, seramai 400 sukarelawan terlibat dalam program kerja amal tersebut yang terdiri daripada orang perseorangan, mahasiswa universiti, aktivis-aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

“Kesemua sukarelawan akan ke Klang, Kapar dan Kota Raja untuk melakukan kerja pembersihan hari ini. Esok kita akan ke Puchong, Hulu Langat dan Shah Alam,” ujarnya.

Muhammad Shazlee menambah, pihaknya turut membawa 40 tong roro untuk program selama dua hari bagi memastikan sampah pukal seperti perabot terus dibuang.

Terdahulu wujud desas-desus, bekas pemimpin dari PKR itu bakal meninggalkan Bersatu untuk menyertai PBM dan menyokong Perikatan Nasional (PN) walau bagaimanapun, tiada kesahihan terhadap maklumat tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya