KUALA LUMPUR: Pembuka jaringan Kuala Lumpur (KL) City, Zhafri Yahya dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan dalam saingan akhir Piala Malaysia 2021, malam tadi.
Aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan pemain berusia 27 tahun tersebut meletakkan KL City di depan pada minit ke-66 ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/KL-Zhafri-Yahya-1-600x400.jpg)
Skuad bimbingan Bojan Hodak menamatkan penantian 32 tahun KL City untuk menjulang trofi Piala Malaysia, yang menjangkau usia 100 tahun selepas menewaskan JDT 2-0.