Zaleha hilang dua anak sekelip mata - Utusan Malaysia

Zaleha hilang dua anak sekelip mata

KEJADIAN kemalangan melibatkan dua beradik dengan Perodua Myvi di Kilometer 170 Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Cheneh, Kemaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Setiap hari Mohd. Faizal Shaari, 29, bangun seawal pukul 6 pagi bagi menyediakan sarapan pagi sebagai bekal ibunya di tempat kerja. Namun, rutin itu terhenti buat selamanya apabila dia terlibat kemalangan maut bersama abangnya, Termizi, 37, kelmarin.

Luluh hati Zaleha Latiff, 57, apabila dua anaknya pergi sekelip mata dalam nahas kira-kira pukul 4.30 petang di Kilometer 170 Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Cheneh, di sini.

Zaleha yang bekerja sebagai kakitangan pembersihan berkata, kedua-dua beradik itu merupakan anak yang baik dan sering melayaninya sebagai ‘permaisuri’ sejak kehilangan suami kira-kira 15 tahun lalu.

“Anak-anak saya cuma be­kerja kampung, tetapi, kedua-duanya rajin memasak dan membuat segala kerja rumah tanpa menyusahkan saya, ma­lah, setiap kali pulang dari kerja mereka menyediakan minuman untuk saya.

“Malam, sebelum kejadian, saya ke tandas pada pukul 3 pagi dan ternampak lampu bilik anak sulung, Termizi menyala rupa-rupanya dia menunaikan solat tahajud dan tidak sangka itu petanda dia pergi selamanya bersama-sama anak keempat,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kemaman, semalam.

Mohd. Faizal dan Termizi yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda meninggal dunia di lokasi kejadian selepas bertembung dengan Perodua Myvi.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, dua beradik itu terseret kira-kira lapan meter selepas motosikal mereka bertembung dengan Perodua Myvi itu dan meninggal di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika motosikal Yamaha Lagenda ditunggang dua beradik itu dalam perjalanan ke arah Jabor, di daerah sama.

Zaleha berkata, sebelum kejadian, dua anaknya itu memberitahu mahu pergi ke bank bagi menyelesaikan urusan dan sempat berpesan supaya mereka berhati-hati.

“Terlalu banyak kenangan dengan arwah kerana kami tinggal bersama manakala tiga anak lain menetap berasingan, kadangkala kalau saya demam atau sakit, mereka yang berjaga malam termasuk memandikan saya. Tidak sangka, kedua-ke­duanya pergi lebih awal,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya