YPM bantu 1,099 pelajar IPTA kurang berkemampuan 

YPM bantu 1,099 pelajar IPTA 

MOHD. Nazir Sudin (dua dari kiri) menyerahkan bantuan kotak makanan kepada pelajar pada Majlis Penyerahan Bantuan Bakul Makanan dan Bantuan Pendidikan YPM di UUM, Sintok, Kedah, hari ini. - FOTO/NUR ANATI JUHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINTOK: Seramai 1,099 pelajar kurang berkemampuan di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) seluruh negara menerima manfaat di bawah Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) Yayasan Pendidikan Mara (YPM) sepanjang tahun ini.

Pengerusi Eksekutif YPM, Datuk Dr. Mohd. Nizar Sudin berkata, bantuan sebanyak RM407,655.10 itu disediakan dalam pelbagai bentuk seperti kewangan, barangan keperluan pembelajaran dan kelengkapan pengajian diberikan kepada pelajar B40.

Menurutnya, antara universiti yang telah menerima manfaat tersebut iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). 

“YPM turut mengalu-alukan mana-mana universiti yang ingin bekerjasama bersama di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) YPM kepada pelajar yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bantuan Bakul Makanan dan Bantuan kepada 100 pelajar kurang berkemampuan di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini hari ini.

Pelajar terbabit menerima sumbangan tersebut dalam bentuk set barangan makanan dan bantuan tunai yang bernilai keseluruhan sebanyak RM10,000.

Pada majlis itu, YPM turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM60,000 untuk diagihkan kepada 15 pelajar UUM kategori asnaf dan B40 menerusi menerusi Program Semarak Ilmu di bawah Seksyen Pendidikan Tertiari YPM.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali.

Mohd. Nizar menambah, YPM juga menyantuni seramai 53,000 pelajar sekolah di seluruh negara melalui skim bantuan persekolahan YPM yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 juta pada tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN