Wujud tanda pergerakan tanah Kondominium Sri Duta 1 - Utusan Malaysia

Wujud tanda pergerakan tanah Kondominium Sri Duta 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Kerja Raya dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) bersama satu perunding yang dilantik pemaju Kondominium Sri Duta 1 mendapati struktur bangunan tersebut bermasalah dan berisiko terjadinya runtuhan tanah yang lebih kritikal.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan, terdapat tanda-tanda berlakunya pergerakan tanah yang memberi kesan kepada struktur bangunan.

“Antaranya, tanda berlakunya pergerakan tanah adalah column dengan dinding yang telah terpisah, surface tension crack di beberapa permukaan tanah dan keretakan di bawah lantai.

“Tanda-tanda ini menunjukan keadaan di kawasan tersebut adalah tidak selamat dan akan memberikan risiko kepada penghuni Kondominium Sri Duta 1 dan penghuni yang berada di tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP),” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kesemua unit di empat blok yang terjejas, dinasihatkan untuk berpindah keluar atas faktor keselamatan penduduk dengan Badan Pengurusan Bersama telah mengosongkan unit-unit penduduk yang terkesan sebagai tindakan awalan bagi menghalang hakisan yang berterusan dan boleh menyebabkan pergerakan kepada pile cap.

“Kerja-kerja pemulihan cerun dan bangunan di dalam kawasan pemaju akan dilakukan dengan kadar segera. Ianya akan disemak oleh DBKL dan Ikram.

“Pihak Ikram juga kini sedang memantau pergerakan tanah dan bangunan secara dekat,” kata kenyataan itu.

Kondominium tersebut mempunyai 14 blok dan setiap blok mengandungi antara tiga hingga enam tingkat kediaman dengan terdapat 4 blok yang terkesan dan melibatkan 34 unit kediaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya