Woods tolak main golf sepenuh masa - Utusan Malaysia

Woods tolak main golf sepenuh masa

TIGER Woods mengalami keretakan di kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan di Los Angeles pada Februari lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Tiger Woods mengakui dia akan kembali bermain golf secara profesional, namun tidak lagi sepenuh masa kerana masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan kaki.

Juara major 15 kali itu memberitahu Golf Digest dalam satu temubual, dia masih menaruh harapan untuk kembali bermain dalam masa terdekat, tetapi untuk kejohanan terpilih.

Bekas pemain nombor satu dunia berusia 45 tahun itu mengalami keretakan di kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan di Los Angeles pada Februari lalu.

Sebelum kemalangan itu, Woods sudah mengurangkan jumlah penyertaannya selepas menjalani beberapa siri pembedahan di belakang dan lutut.

“Saya kena fikir lebih realistik iaitu bermain di Jelajah satu hari nanti tidak secara sepenuh masa, hanya (kejohanan) yang terpilih.

“Memilih beberapa pertandingan setahun dan beraksi tahap itu sahaja. Ia realiti yang agak malang tetapi itulah yang perlu dilalui. Saya memahaminya dan dapat menerimanya,” kata Woods.

Woods yang memenangi gelaran major ke-15 dalam saingan Masters 2019, memberi bayangan untuk kembali beraksi selepas memuat naik klip video dia sedang membuat pukulan di lapangan menerusi Twitter pada awal bulan ini. 

Klip video itu, dengan keterangan menyatakan dia semakin menunjukkan peningkatan untuk kembali pulih.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya