Waspada penipuan tawar khidmat pembersihan - Utusan Malaysia

Waspada penipuan tawar khidmat pembersihan

MOHD. KAMARUDIN MD. DIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Taktik penipuan baharu menawarkan perkhidmatan pembersihan palsu dikesan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman membabitkan kerugian RM77,888.40.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, siasatan mendapati, sindiket itu menggunakan beberapa nama syarikat berbeza dan mengiklankan perkhidmatan pembersihan rumah, pejabat serta seumpamanya menerusi laman sosial.

Beliau berkata, mangsa yang berminat kemudian diminta berhubung dengan mereka melalui aplikasi WhatsApp.

“Setelah setuju dengan harga ditetapkan, mangsa diminta membuat pembayaran melalui pautan dihantar sindiket dan pautan itu membawa mangsa kepada laman sesawang kelihatan sama dengan laman web perbankan  dalam talian biasa digunakan mangsa.

“Mangsa kemudian cuba membuat pembayaran melalui laman sesawang itu, namun gagal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohd. Kamarudin, mangsa hanya menyedari ditipu apabila mendapati wang dari akaun bank berkurangan.

“Siasatan mendapati, laman sesawang palsu diakses mangsa akan menyimpan semua data perbankan dimasukkan.

“Data itu kemudian  digunakan untuk mengakses akaun mangsa dan membuat pemindahan wang tanpa pengetahuan mangsa,”jelasnya.

Ujar beliau, sebanyak 10 laporan polis diterima berkaitan kes sebegini membabitkan kerugian RM77,888.40 dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Polis menggesa orang ramai yang mungkin menjadi mangsa kepada sindiket penipuan ini untuk segera tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya