Warisan kini di Semenanjung Malaysia - Utusan Malaysia

Warisan kini di Semenanjung Malaysia

MOHD. Shafie Apdal melancarkan Warisan ke peringkat nasional di Pusat Konvensyen Sime Darby semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Warisan Sabah (Warisan) melebarkan sayapnya ke Semenanjung Malaysia selepas melancarkan parti itu ke peringkat nasional di Pusat Konvensyen Sime Darby hari ini.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkat,a beliau mahu memberi fokus pada penyatuan ummah tanpa mengira bangsa dan agama.

“Kita sediakan landasan ini supaya berlaku perubahan struktur dalam politik. Perlu ada peralihan daripada sistem politik berasaskan kaum dan agama kepada kepelbagaian kaum yang lebih inklusif di negara ini.

“Kita bukan hendak memimpin negara kerana kepentingan diri sendiri tetapi perlulah demi rakyat dan negara kita sendiri.

“Tolonglah, kita hendak beramal untuk semua,” katanya dalam ucapan pelancaran tersebut.

Warisan ditubuh dan berpengkalan di Sabah.

Yang hadir sama dalam majlis tersebut adalah Presiden Parti Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang akan menjalinkan kerjasama dengan Parti Warisan secara rasmi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya