Warga emas terkurung dalam tanah runtuh - Utusan Malaysia

Warga emas terkurung dalam tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lelaki warga emas berusia 70 tahun berdepan detik cemas apabila terkurung selepas berlaku tanah runtuh di kediamannya di Jalan Palinbayan, Sungai Penchala dekat sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amhizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 12.40 tengah malam berhubung kejadian tanah runtuh.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas tempat kejadian mendapati terdapat seorang lelaki terkurung di dalam sebuah daripada rumah terlibat.

“Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan jumlah mangsa yang terlibat tidak pasti.

Kesemua mangsa telah berpindah ke rumah saudara-mara dan rakan- rakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihak polis telah mengambil tindakan dengan memberi nasihat kepada orang ramai sentiasa berwaspada disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan tanah runtuh, orang ramai diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya