BATU GAJAH: Seorang wanita berusia 64 tahun mengalami kecederaan patah kaki selepas sebatang pokok tumbang dan menghempap kediamannya di Kampung Ara Payung di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Mohd. Norshah Shahri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.36 pagi.
Katanya, tujuh anggota bersama satu jentera dari BBP Batu Gajah digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati sebatang pokok kekabu telah tumbang dan menghempap sebuah rumah di bahagian bilik.
“Terdapat seorang wanita warga emas cedera dan patah kaki kanan. Mangsa telah dibawa keluar dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE