Wanita OKU syukur suami terima kekurangan - Utusan Malaysia

Wanita OKU syukur suami terima kekurangan

AIDAFARIZA Mohd. Alias didukung Mohd. Faridzal Idris pada majlis perkahwinan mereka di Teluk Intan, Perak, kelmarin. - IHSAN AIDAFARIZA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: “Saya bersyukur suami menerima kekurangan diri.”

Itu kata wanita orang kurang upaya (OKU), Aidafazira Mohd. Alias, 27, yang bertemu jodoh dengan Mohd. Faridzal Idris, 28.

Perkahwinan pasangan itu mendapat perhatian selepas tular dalam media sosial kerana Aidafazira merupakan OKU fizikal pada bahagian kaki sejak lahir, menyebabkan dia terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda.

Aidafariza yang bekerja sebagai pereka grafik berkata, dia bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan seorang lelaki yang bukan sahaja memahaminya tetapi dapat menerima kekurangan dirinya.

“Saya berterus terang kepadanya bahawa saya OKU dari segi fizikal sejak lahir dan pada mulanya tidak yakin dia boleh menerima kekurangan diri ini.

“Namun dia tetap meneruskan niatnya untuk berkawan, berasa sangat terharu dan sebak apabila dia sedia menerima keadaan diri yang tidak sempurna. Selepas bertemu, kami bertunang Disember tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Pasangan itu selamat dinikahkan di Ampang, Selangor dan melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di pihak keluarga pengantin perempuan di Taman Kota Muhibah di sini, kelmarin.

Aidafazira, anak kelapan daripada sembilan beradik berharap berkahwinannya itu memberi kebahagian dan kekal.

“Sepanjang berkenalan, suami seorang yang baik dan pandai jaga hati dan perasaan saya, kami saling memahami. Saya harap suami dapat menjaga saya, sehidup semati dengan saya. Kami melengkapkan hubungan satu sama lain dengan kasih sayang,” katanya.

Mengenai rakaman video saat manis perkahwinannya apabila dia yang tidak dapat berjalan didukung oleh ahli keluarganya sebelum diserahkan kepada pengantin lelaki yang tiba untuk majlis persandingan di kediaman mereka di sini semalam, Aidafariza berkata, dia terkejut kerana video itu tular.

Katanya, dia mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang mendoakan kebahagian perkahwinannya.

Terdahulu, video majlis perkahwinan Aidafazira dan Mohd. Faridzal tular dalam media sosial selepas dimuat naik di aplikasi TikTok mendapat perhatian netizen yang terharu dengan pasangan pengantin itu.

Video berdurasi 45 saat itu memaparkan saat manis apabila Aidafazira yang tidak dapat berjalan didukung oleh ahli keluarganya sebelum diserahkan kepada pengantin lelaki yang tiba untuk majlis persandingan di kediaman mereka di Teluk Intan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya