Wanita lemas hanyut sejauh 40km - Utusan Malaysia

Wanita lemas hanyut sejauh 40km

MANGSA hilang ditemukan lemas di Sungai Ulu Sugut Karagasan, Ranau semalam. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANAU: Seorang wanita yang dilaporkan hilang ditemukan lemas di Sungai Ulu Sugut Karagasan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mayat mangsa, Elly Jumat, 35, ditemukan oleh orang kampung pada jarak 40 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Ridwan Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai wanita hilang pada pukul 9.44 pagi dan sekumpulan pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi yang terletak pada jarak 55 kilometer daripada balai.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati mangsa hilang telah ditemukan oleh orang kampung pada pukul 9.30 pagi iaitu pada jarak 40 kilometer dari Kampung Lobou Lama Timbua,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ridwan berkata, laporan lambat diterima susulan kawasan perkampungan tempat mangsa ditemukan tidak mempunyai talian telefon dan litupan GIRN.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya