“Walaupun di Kuala Lumpur, tetapi hati saya pastinya ada di daerah Lipis” -Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

“Walaupun di Kuala Lumpur, tetapi hati saya pastinya ada di daerah Lipis” -Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa bimbang dan terkesan berhubung berita mengenai banjir yang berlaku di Kuala Lipis, Pahang.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Kau Kekasihku itu memuat naik beberapa perkongsian gambar yang memaparkan daerah itu sudah teruk ditenggelami air bah.

“Keadaan di Kuala Lipis, Pahang. Sukar nak saya gambarkan bagaimana keadaan ini tetapi inilah dugaan buat orang kampung saya. Januari lalu juga keadaannya sebegini.

“Keadaan jalan untuk pulang menyukarkan pasukan saya untuk ke sana, tetapi apa yang penting adalah kami sedaya mampu akan membantu,” katanya di Instagram.

Mengulas lanjut, Siti memberitahu walaupun figuranya kini berada di ibu kota, namun hatinya tetap memikirkan nasib penduduk kampung halamannya itu.

“Walaupun saya di Kuala Lumpur, terkekang dengan hal-hal di sini serta anak-anak saya juga tidak berapa sihat. Tetapi hati saya pastinya ada di daerah Lipis.

“Banyak kawasan terjejas, bukan hanya di bandar malah di kampung-kampung sekitar. Sekolah saya juga terjejas sama.

Di kesempatan itu, ibu kepada dua cahaya mata itu menitip doa dan semangat agar orang ramai yang terkesan diberikan kekuatan untuk menempuhi ujianNya.

“Tidak kira di negeri mana, kawasan mana, semoga kita sama-sama dapat mengharungi ujian ini. Saya doakan agar kita semua diberikan kekuatan dan ketabahan.

“Saya terharu melihat bagaimana rakyat Malaysia berganding bahu dalam apa jua situasi sukar yang sedang menimpa. Terus kuat!” coretnya panjang.

Sekadar informasi, keadaan banjir di negeri Pahang semakin buruk apabila jumlah mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) menghampiri 15,000 orang sehingga jam 6 petang semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya