Wakil kerajaan lebih baik undur diri  - Khaled - Utusan Malaysia

Wakil kerajaan lebih baik undur diri  – Khaled

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Wakil-wakil kerajaan yang keliru fungsi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) digesa berundur. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia susulan kekeliruan tentang bagaimana kedua-dua badan berkenaan dikendalikan kerana mempunyai peranan yang berbeza. 

Beliau berkata, kerajaan juga mesti mengambil pengajaran bahawa kelemahannya dalam menangani krisis melanda tidak mudah dilupakan rakyat negara ini. 

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sejak awal nampaknya bersendirian dalam pengurusan krisis ini. Walaupun beliau segera turun kelapangan dan gigih mengumumkan pelbagai intervensi kerajaan, kemarahan rakyat terhadap prestasi anggota Kabinet lain amat sukar dibendung.

“Mereka tidak sedikitpun memaparkan kebingkasan setimpal 90 peratus markah pencapaian prestasi mereka. Mewarisi Kabinet yang lemah dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang gagal adalah masalah Malaysia perlukan penyelesaian.

“Malaysia akan terus berhadapan dengan pelbagai lagi krisis alam sekitar dan ekonomi yang tidak terjangka. Negara memerlukan anggota Kerajaan yang berprestasi dan kompeten,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, beliau berkata, Ismail Sabri berpeluang melakukan penetapan semula selain sendiri mengetahui cara untuk melakukannya. 

“Wakil kerajaan yang berbaju Melayu segak dengan segala keramaian demi sebuah pelancaran gerakan kesukarelawanan, telah menjerumuskan kerajaan kepada kemuncak kemarahan rakyat.

“Paling malang ialah ketidakterlihatan ramai wakil kanan dan bukan kanan dalam Kabinet semasa krisis amatlah dikesali. Rupanya ramai yang telah pergi bercuti dalam keadaan negara berantakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya