(VIDEO) Rina Harun dikecam lagi, kali ini dikata kuat berlakon - Utusan Malaysia

(VIDEO) Rina Harun dikecam lagi, kali ini dikata kuat berlakon

TANGKAP layar video memaparkan Rina Harun mencuci koridor dan longkang di sebuah PPS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu klip video memaparkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun mencuci koridor dan longkang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang tular dalam media sosial mengundang kritikan pelbagai pihak dan netizen.

Berdasarkan klip rakaman tersebut, Rina Harun dipercayai mencuci koridor di PPS yang dilihat sudah bersih menggunakan penembak air dan terdapat beberapa jurufoto sedang merakam gambarnya.

– KLIP video memaparkan Rina Harun mencuci koridor dan longkang di sebuah PPS yang tular. – Twitter dylawok

Perbuatan itu secara tidak langsung mendapat maklum balas pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyifatkan Rina tidak mengerti situasi sebenar banjir.

“Saya husnuzon. Mungkin dia tidak tahu situasi sebenar banjir. Sertai saya dan @partimuda dalam usaha melakukan pembersihan banjir di seluruh negara.

“Rumah-rumah yang kami bersihkan lumpur paras lutut. Kami perlukan setiap pertolongan yang dihulurkan,” ciapnya menerusi laman Twitter.

Rata-rata netizen turut mengecam tindakan menteri itu yang dikatakan seolah-olah berlakon bagi mendapatkan perhatian rakyat dan memintanya turun ke situasi sebenar. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya