[VIDEO] Pergaduhan dua pasukan bola sepak di Rembau diselesai secara baik - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pergaduhan dua pasukan bola sepak di Rembau diselesai secara baik

TANGKAP layar rakaman video tular aksi kejar mengejar antara dua pasukan bola sepak dalam kejadian di Padang Dataran Rembau, Rembau baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Aksi kejar mengejar dan pertikaman lidah melibatkan dua ahli pasukan bola sepak dalam kejadian yang berlaku di Padang Dataran Rembau baru-baru ini telah diselesaikan secara baik.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, kejadian yang rakaman videonya turut tular di media sosial melibatkan dua pihak yang bertanding dalam perlawanan bola sepak tersebut.

Menurutnya, semasa perlawanan berlangsung, pihak polis telah mengatur penugasan jaga aman di kawasan tersebut bagi mengawal ketenteraman awam.

Pihak polis juga telah berjaya mengawal keadaan daripada terus berlanjutan.

RAKAMAN video tular aksi kejar mengejar antara dua pasukan bola sepak dalam kejadian di Padang Dataran Rembau, Rembau baru-baru ini.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian berpunca daripada perbalahan pemain dalam padang semasa perlawanan dan terus merebak sehingga melibatkan pihak yang berada di luar padang.

“Dalam kejadian ini tiada kecederaan atau kerosakan yang berlaku. Kejadian ini juga tidak melibatkan perbalahan kaum ataupun parti politik.

“Kedua-dua pihak telah berjaya menyelesaikan masalah ini dengan baik dan tidak mahu memandangkan kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazri berkata, pihak polis juga tidak membuka apa-apa kertas siasatan berkaitan kejadian tersebut dan beliau berharap kejadian seperti ini tidak berulang lagi di masa akan datang.

“Pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan prinsip bermasyarakat dan mendukung semangat Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan agar dapat mengekalkan keamanan dalam negara amnya dan daerah Rembau khasnya.

“Pihak polis tidak akan bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang dengan sengaja melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menggugat ketenteraman awam,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya