PETALING JAYA: Detik seorang kanak-kanak perempuan hampir dihempap meja dan kerusi semasa sedang berlari ke arah ibunya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, namun lega kerana dia selamat
Kejadian yang dimuat naik menerusi klip video oleh ibu kanak-kanak itu di TikTok, mamara91 turut mendapat reaksi tidak senang oleh segelintir pengguna lain berikutan mereka menyalahkan wanita tersebut yang hanya merakam dan tidak menghalang daripada insiden itu terjadi.
“Jangan main telefon bimbit sangat kak sebab kita hanya fokus kat telefon sahaja. Kalau tak main telefon mesti akak akan perasan kerusi tu nak jatuh,” komen feek_jamal di laman TikTok.
Namun, dakwaan tersebut disangkal oleh wanita itu yang tampil memperjelas kembali keadaan sebenar sebelum insiden tersebut berlaku.
“Mula-mula sekali, saya main telefon sebab saya nak rakam anak. Saya tengok dia berlari dekat ayah dia tu comel, jadi saya sahaja nak rakam. Masa itu kerusi papan semua elok lagi, masa dia nak berlari ke saya, barang-barang tu jatuh sendiri. Saya pun tak perasan,” jelas wanita tersebut menerusi klip video yang disiarkan olehnya.
– TikTok mamara91
Rata-rata netizen turut menghela nafas lega apabila kanak-kanak tersebut terselamat dari insiden yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada si cilik itu dan memohon netizen lain untuk tidak menuding jari kepada wanita tersebut.
“Ap la nak kecam kakak ni, biasa la dia nak rakam anak dia tengah lari ke arah dia. Bukan dia saja rakam ibarat tahu apa akan berlaku,” komen amirrul29. – UTUSAN ONLINE