PETALING JAYA: Seorang pelajar tidak dapat perasaan sedih dan kecewa sehingga menitiskan air mata melihat kerja kursus seninya yang rosak akibat banjir.
Video yang memaparkan pelajar wanita itu menitiskan air mata tular dalam media sosial selepas dimuat naik menerusi aplikasi TikTok yang dikongsi oleh Mr Lee.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dengan nasib pelajar tersebut dan mencadangkannya berbincang dengan gurunya agar dapat mencari jalan penyelesaian.
“Hanya pelajar PSV (Pendidikan Seni Visual) tahu kepenatan dan usaha yang dikerah apabila membuat seni,” kata @angelgul.
“Sakitnya, membuat kerja kursus seni bukannya senang,” katanya @zsOf34.
Seorang pengguna, @osie0riedpula menasihat pelajar tersebut untuk mengeringkan kerja kursusnya dan berbincang dengan guru seni kerana kerosakan itu tidak boleh dijangka.
“Itu kerja kursus SPM (Sijil Pelajaran Malayasia) tahun ini kan. Kesiannya,” kata @Ragavanasriqq.
– VIDEO memaparkan kesedihan seorang pelajar sehingga menitiskan air mata melihat kerja kursus seninya rosak kerana banjir. – MEDIA SOSIAL
Sementara itu, sebahagian besar warganet memberi kata-kata semangat untuk pelajar tersebut.
“Jangan risau adik. Adik mesti akan score markah bagus nanti,” kata @Nathan. – UTUSAN ONLINE