(VIDEO) Mainan dihanyutkan banjir, si cilik hanya mampu reda  - Utusan Malaysia

(VIDEO) Mainan dihanyutkan banjir, si cilik hanya mampu reda 

TANGKAP layar video memaparkan adik Rahman menceritakan kembali saat mainan kesayanganya hanyut dibawa arus air banjir. - MYFUNDACTION
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki menceritakan kembali detik-detik mainannya hanyut dibawa air banjir namun kekal reda membuatkan warganet yang mendengar rintihan anak itu sayu.

Klip video mengenainya dimuat naik di akaun Instagram pertubuhan bukan kerajaan (NGO), MyFundAction yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM).

Menurut pertubuhan tersebut, si cilik yang bernama Rahman menceritakan kembali detik-detik sedihnya ketika melihat mainan yang paling disukainya hanyut dibawa arus air ketika banjir melanda Taman Sri Muda, Shah Alam, baru-baru ini.

Namun, apa yang menyentuh hati pengguna-pengguna laman sosial tersebut adalah bagaimana Rahman reda menerima kehilangan ‘hartanya’ itu.

“Apa yang paling saya sedih ialah robot yang baru sahaja beli tu dah kena bawa dengan air. Masa saya baru beli, saya tengoklah kat luar yang mainan saya sudah sampai.

“Pukul 10 saya bangun, tengok air dah sampai pinggang. Saya cari mainan saya tetapi tak ada, sudah hanyut dibawa air sampai tak nampak dah, jadi saya menyerah sajalah,” katanya dalam klip rakaman yang disiarkan di Instagram.

– MYFUNDACTION

Rata-rata netizen menyatakan perasaan sayu melihat Rahman yang sudah tahu erti reda dan ada juga mengucapkan kata tahniah kepada ibu bapanya kerana berjaya mendidik kanak-kanak tersebut.

“Menyerah sajalah’ Alhamdulilah anak soleh. Nanti Allah ganti dengan robot yang lagi menarik okey. Insha-Allah,” komen taddibumikiwi.

“Cerdik budak ni, hari budak-budak bersihkan. Lepas ni ada sinar menanti untuk awak adik. Masa depan awak jauh lagi adik, moga boleh banggakan mak ayah suatu hari nanti,” komen nirifa_joana21. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya