[VIDEO] Lagi nelayan jumpa 50 ekor ikan lumba-lumba di perairan Teluk Kumbar  - Utusan Malaysia

[VIDEO] Lagi nelayan jumpa 50 ekor ikan lumba-lumba di perairan Teluk Kumbar 

TANGKAP layar sekumpulan kira-kira 50 ikan-ikan lumba yang dikesan berenang di perairan selatan Pulau Pinang dan berjaya dirakam nelayan Teluk Kumbar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sekumpulan tiga nelayan pantai tergamam sebaik sahaja terserempak kumpulan kira-kira 50 ekor ikan lumba-lumba di perairan berhadapan Jeti Teluk Kumbar, di sini petang tadi.

Spesies marin dengan anggaran saiz dua meter itu ditemukan pada pukul 1.30 petang ketika mereka dalam perjalanan menangkap ikan di kawasan Pulau Rimau.

Salah seorang nelayan terbabit, Mohamad Fadli Othman, 33, berkata, peluang terserempak dengan kumpulan ikan lumba-lumba itu adalah pengalaman yang berbeza baginya kerana spesies berkenaan dalam jumlah yang besar.

RAKAMAN video oleh nelayan yang terserempak dengan kumpulan ikan lumba-lumba di perairan berhadapan Jeti Teluk Kumbar.

“Biarpun pernah lima kali menemukan kelibat ikan lumba-lumba pada tahun ini tetapi kali ini cukup memberi momen manis buat kami sebelum keluar mencari hasil laut hari ini.

“Sekumpulan ikan lumba-lumba kelihatan berenang dan melompat di tepi bot dan saya sempat merakam video sebagai tatapan rakan nelayan di Teluk Kumbar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad Fadli memberitahu, dia tidak dapat memikirkan nasib yang bakal dihadapi kumpulan nelayan pantai termasuk hidupan laut di perairan ini sekiranya projek tambak laut bagi membentuk tiga pulau buatan dilaksanakan kelak.

“Kita mungkin tidak lagi berpeluang menikmati keindahan hidupan laut seperti ini termasuk ikan yu paus yang ditemui rakan saya bulan lalu sekiranya projek mega itu diteruskan,” jelasnya.

Terdahulu, Mohamad Fadli berjaya merakam video sekumpulan ikan lumba-lumba berenang dan melompat di sepanjang perairan dekat Jeti Teluk Kumbar dan Hotel Lexis yang berdurasi satu minit 43 saat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya