(VIDEO) Ini baru Malaysia! Belia India bersih masjid terjejas banjir raih pujian  - Utusan Malaysia

(VIDEO) Ini baru Malaysia! Belia India bersih masjid terjejas banjir raih pujian 

TANGKAP layar  klip video daripada aplikasi TikTok, rejean0810 memaparkan sekumpulan belia India membantu membersihkan sebuah masjid terjejas banjir di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekumpulan pemuda kaum India meraih pujian masyarakat melalui aplikasi TikTok selepas tular klip rakaman golongan belia tersebut membantu membersihkan sebuah masjid yang terjejas banjir di Klang, Selangor.

Rejean Kumar yang menyiarkan klip rakaman tersebut di aplikasi TikToknya, rejean0810 berterima kasih kepada warganet selepas komen akaunnya dipenuhi dengan kata-kata pujian.

Jelasnya, mereka akan terus membantu dan menghulurkan bantuan kepada komuniti sebanyak mungkin demi kesejahteraan Malaysia.

“Terima kasih atas setiap pujian dan sokongan yang diberi, kami akan terus menyalurkan bantuan kepada komuniti sebanyak mungkin,” jelasnya di ruangan komen TikTok.

– TikTok rejean0810

 

Sebelum ini, tular pelbagai gambar sukarelawan membantu mangsa banjir tanpa mengira bangsa dan agama, sehinggakan slogan ‘Rakyat Bantu Takyat’ tular dalam media sosial.

Rata-rata netizen meluahkan ucapan terima kasih kepada setiap sukarelawan kerana sanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi membantu mangsa bencana dan berharap selepas peristiwa banjir tiada lagi isu perkauman.

“Lepas ni jangan ada dah salah faham atau apa-apa yang boleh mencetuskan isu perkauman. Kita semua satu Keluarga Malaysia,” komen hamidahamy812.

“Nanti kita sama-sama boleh tolong bersihkan kuil, tokong dan sebagainya. Kita hanya berbeza agama tetapi punya hati naluri yang sama. Sayang kamu semua, terima kasih,” komen zanzalieka.

“Kita satu Malaysia, gaduh sikit-sikit itu biasa tapi bila bencana kita semua sepakat dan bekerjasama. Bangga menjadi rakyat Malaysia. Harapan agar kita semua kekal berbaik,” komen hannasunny2.

“Lepas ni kalau ada ahli politik atau mana-mana pihak cetuskan isu perkauman, kita bersatu hati menentang mereka,” komen abgjoe73. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya