UTHM hantar 300 sukarelawan bantu mangsa banjir - Utusan Malaysia

UTHM hantar 300 sukarelawan bantu mangsa banjir

SKUAD peninjau misi bantuan banjir UTHM berbincang dengan wakil masyarakat setempat bagi mengenal pasti lokasi yang terjejas di Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Lebih 300 mahasiswa dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersedia menjadi sukarelawan bagi menyertai misi bantuan banjir di Selangor, bermula Khamis ini.

Penyelaras program itu, Dr. Khalid Isa berkata, misi berkenaan akan melibatkan tiga kawasan banjir yang terjejas teruk iaitu di Shah Alam, Hulu Langat dan Klang.

“Atas dasar keprihatinan yang tinggi, UTHM akan menggerakkan sukarelawan pelajar bagi memberikan bantuan kepada penduduk yang terjejas.

“Sebagai langkah awal, UTHM telah menghantar tiga skuad peninjau yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd. Safiee Idris pada semalam bagi mengenal pasti lokasi yang terjejas di tiga daerah tersebut sebelum menggerakkan sukarelawan kami ke lokasi berkaitan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, kumpulan pertama sukarelawan UTHM dijangka memulakan misi bantuan pada Khamis ini dengan melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti.

Sementara itu, kata beliau, UTHM turut melancarkan Tabung Misi Bantuan Mangsa Banjir bagi mengumpul dana kewangan dan sumbangan keperluan asas, air mineral serta makanan ringan daripada warga universiti dan orang ramai bagi membantu meringankan beban mangsa.

Jelasnya, misi bantuan UTHM akan memberi fokus kepada penghantaran sukarelawan bagi kerja-kerja pembersihan dan juga memberikan bantuan keperluan asas harian kepada mangsa banjir yang terlibat terutama melibatkan keluarga pelajar UTHM yang terjejas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya