Usahawan pula mahu hadiahkan kereta kepada ‘Abang Viva’ - Utusan Malaysia

Usahawan pula mahu hadiahkan kereta kepada ‘Abang Viva’

- GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang usahawan yang juga Pengarah Shalicious Empire Sdn. Bhd., Wan Siti Aishah Wan Hasan atau lebih dikenali sebagai Sha Hasan sedang mencari Azwan Omar, 29, atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ untuk menghadiahkannya sebuah kereta.

“Kecemasan. Ada tak sesiapa yang boleh hubungi Abang Viva? Saya ada WhatsApp beliau, tetapi tak ada respon.

“Insya-Allah saya nak hadiahkan kereta baharu untuk Abang Viva. Semoga dipermudah urusan dia membantu lebih ramai orang. Tolong Sha,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya, hari ini.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tindakan usahawan tersebut.

“Moga tiap kebaikan yang Abang Viva buat guna kereta yang Kak Sha bagi pahalanya akan dapat kat Kak Sha juga. Terima kasih banyak Kak Sha.

“Tak habis lagi sebak hari ini…ramai rakyat Malaysia hati mulai…terima kasih semua yang bantu dari segi apa pun..kami tak ada apa boleh bantu..terima kasih banyak semua,” ujar nurshakirahh_.

“Baiknya Kak Sha semoga Allah limpahkan rezeki buat semua yang menghulurkan bantuan Amin..,” kata sooah.life.

Dalam pada itu, Azwan yang kini sudah berada di Temerloh meneruskan misinya bagi membantu mangsa banjir di daerah tersebut.

‘Abang Viva’ menjadi perhatian di media sosial apabila sanggup datang dari Melaka ke Lembah Klang untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Difahamkan, Azwan yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva sambil membawa sebuah bot miliknya hanya berbekalkan RM50 hingga digelar sebagai ‘Wira Banjir’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya