UPNM gerak misi bantu mangsa banjir sekitar Selangor - Utusan Malaysia

UPNM gerak misi bantu mangsa banjir sekitar Selangor

SEBAHAGIAN sukarelawan UPNM terlibat dalam misi gotong royong membersihkan rumah mangsa banjir di sekitar Selangor. – IHSAN UPNM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Terkesan dengan nasib mangsa bencana banjir, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengambil langkah segera dengan menggerakkan pasukan sukarelawan.

 Seramai 300 pelajar dan 30 staf dari UPNM  dihantar untuk misi bantuan khas menyantuni mangsa bencana alam itu yang terjejas di beberapa kawasan sekitar Selangor.

 Menurut kenyataan pihak pengurusan UPNM, pasukan berkenaan sentiasa prihatin dan siap siaga sepanjang masa diperlukan untuk digerakkan ke mana sahaja.

 “Malah Tabung Bantuan UPNM telah dilancarkan untuk sumbangan disalur kepada mangsa dan semua maklumat petugas UPNM yang terjejas akibat bencana itu juga dikumpul,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya