UPM sedia anjurkan kejohanan golf tahunan - Utusan Malaysia

UPM sedia anjurkan kejohanan golf tahunan

MUHAZAM Mansor (tengah depan bertopi biru) ditemani Pengarah Pusat Sukan UPM Dr Hanafiah Ayub (empat dari kanan) bersama peserta kejohanan golf amal sambutan Jubli Emas 50 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Kejohanan golf amal sempena sambutan Jubli Emas Universiti Putra Malaysia (UPM) 50 tahun yang berlangsung di Kelab Golf UPM, semalam berjaya menarik penyertaan seramai 100 peserta.

Lebih menarik, ia disertai oleh bekas-bekas pelajar UPM sekali gus mengeratkan kembali hubungan sesama mereka dan juga pihak universiti.

Program ini merupakan salah satu daripada enam aktiviti anjuran Pusat Sukan dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni dan Persatuan Alumni UPM yang telah dirancang sempena program sambutan 50 Tahun sepanjang bulan Disember ini.

Bagi Pendaftar UPM Muhazam Mansor berkata, beliau sendiri terkejut dengan sambutan yang diterima dan bersedia untuk menganjurkan program sebegini sebagai sukan tahunan.

“Alhamdullilah program ini mendapat sambutan cukup hangat terutamanya daripada peminat sukan golf yang terdiri daripada Alumni (bekas pelajar).

“Oleh itu, kita merancang untuk menjadikan program seperti ini sebagai sukan tahunan UPM supaya dapat mengeratkan lagi hubungan antara universiti dan bekas pelajar sekali gus memberi peluang untuk mereka terus bersama UPM,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN