Upiak, pereka fesyen bergaduh gara-gara idea rekaan busana? - Utusan Malaysia

Upiak, pereka fesyen bergaduh gara-gara idea rekaan busana?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Kecoh, gara-gara idea rekaan busana, penyanyi dan juga peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Upiak Isil, 35, didakwa bertelingkah dengan seorang pereka fesyen tempatan, Jimmy Couture baru-baru ini.

Tidak menafikan mengenai insiden tersebut, penyanyi kelahiran Bukit Tinggi, Indonesia ini bagaimanapun menjelaskan perkara tersebut telah diselesaikan dengan baik bersama Jimmy, beberapa hari sebelum dia membuat persembahan pada minggu keempat ini.

“Saya bukan jenis yang akan memaksa orang untuk buat apa yang kita minta. Kalau orang itu tiada masa, tak akan kita nak paksa apa yang kita hendak.

“Saya tahu, Jimmy bersama rakannya yang juga pereka fesyen sudah cuba memberikan yang terbaik. Tapi kadang-kadang badan macam saya ini, sukar sikit nak hasilkan busana. Mungkin kena fokus lebih sikit untuk buat,”katanya.

Upiak berkata demikian semasa ditemui di konsert minggu keempat GV8 di sini, malam tadi.

Ia bagi mengulas kononnya berlaku pertelingkahan antaranya dengan pereka fesyen tersebut yang dapat dikesan menerusi satu hantaran berbaur sindiran yang dibuat oleh Jimmy menerusi akaun Instagramnnya.

“Awal-awal konsert GV ini kita tak perlu berlebihan. Tak semua busana perlu ‘blink-blink’. Semua perlu sesuai dengan karektor lagu dan artis. Jangan kita lihat orang pakai berlebihan, kita nak juga.

“Mungkin orang itu perlu sesuaikan dengan lagu. Bukan semuanya perlu terlihat ekstravaganza. Ini pertandingan nyanyian. Perlu seiring.Bukan seperti buat pertunjukkan.Lagu ada alur cerita. Pakaian juga perlu sesuai dan jangan sampai terlihat canggung.

“Fokus pada persembahan nyanyian dan persembahan pentas masing-masing.Jangan iri dan lihat pada orang lain.Pakain yang ekstravaganza wow bukan ukuran anda mendapat markah yang tinggi. Sebab itulah kena berbincang dengan pereka fesyen, dan jangan buat keputusan sendiri,” tulis Jimmy.

Sementara itu, Upiak ketika menjawab pertanyaan media mengaku tidak timbul soal tidak puas hati dengan rekaan Jimmy mahupun soal iri hati dengan mana-mana artis lain.

“Bukan begitu. Kita juga ada keinginan nak menggayakan busana apa dan dirasakan kena dengan lagu yang dibawa. Satu lagu, pihak produksi program juga akan melihat busana yang akan digayakan sama ada kena atau tidak.

“Kalau tak okey, mereka minta tukar dan saya kena cari busana lain untuk memastikan ia bersesuaian di kaca televisyen. Ada peraturannya.

“Tapi saya tahu, Jimmy dan rakannya yang juga pereka fesyen telah cuba buat yang terbaik,”katannya.

Dalam pada itu, Upiak juga mengaku tidak menyimpan dendam di hati dan menganggap hal itu telah berlalu selain tetap akan selamanya berkawan dengan Jimmy.

“Kami sudah lama kenal dan berkawan. Sampai mati pun akan berkawan dengan dia. Selepas insiden itu pun, baru-baru ini kami ada juga berjumpa dan berpeluk. Gaduh-gaduh bak adik-beradik, biasalah…”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya