Unimap gerakkan misi pasca banjir di Pahang - Utusan Malaysia

Unimap gerakkan misi pasca banjir di Pahang

PARA pelajar Unimap bergotong-royong membantu membersihkan kawasan rumah salah seorang penduduk di Pahang dalam Misi Op Pasca Banjir Unimap.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Selepas menghantar sukarelawan terdiri dalam kalangan pelajar dan kakitangan ke Lembah Klang bagi membantu mangsa banjir, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) mengerakkan pula seluruh jentera badan beruniform universiti tersebut bagi membantu proses pemulihan pasca banjir di Pahang.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Unimap, Prof. Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan memberitahu, seramai 600 penuntut dan kakitangan dari badan beruniform seperti Palapes, Kor Suksis dan sukarelawan lain akan membantu dalam misi bantuan tersebut.

Katanya, kumpulan tersebut digerakkan secara berfasa dengan mengambil kira bidang kemahiran mereka supaya dapat disesuaikan dengan keperluan dan situasi banjir. 

“Untuk permulaan ini, seramai 150 pelajar dari badan beruniform dan staf akan bertolak ke Temerloh, Pahang bagi menjayakan misi bantuan pasca banjir ini,” katanya ketika melancarkan Misi Op Pasca Banjir di Dataran Bas Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah, di sini, hari ini.

Tambahnya, misi yang diketuai oleh beliau itu bergerak menggunakan tiga buah bas dan tiga buah untuk membawa barang keperluan, tong minyak serta jaket penyelamat. 

Katanya, mereka erkampung tiga hari dua malam sebelum diteruskan oleh kumpulan lain ke lokasi yang ditentukan kelak. 

“Insya-Allah pasukan badan beruniform dan kakitangan Unimap ini sentiasa bersedia untuk membantu dalam misi bencana banjir sehingga ia berjaya ditangani dan sudah berada dalam keadaan pulih.

“Dengan kekuatan jumlah ahli badan beruniform ini, kita menjangkakan sebanyak enam fasa bakal dilaksanakan bagi menjayakan misi bantuan pasca banjir ini,” katanya.

Kata Mohd Fo’ad, pihaknya akan menghantar kakitangan yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan, teknikal dan pembangunan, khidmat sokongan psikologi dan kaunseling untuk membantu mangsa banjir. 

“Mereka akan berkongsi kepakaran bagi menyelesaikan permasalahan masyarakat agar mangsa dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Malah Unimap telah bersedia dengan pelbagai kelengkapan bagi menjayakan misi kali ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya