UMT naik ke tangga 134 bagi UI Greenmetric 2021 - Utusan Malaysia

UMT naik ke tangga 134 bagi UI Greenmetric 2021

UMT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya melangkah naik ke 134  berbanding kedudukan terdahulu menjadikan universiti terkenal dalam bidang ilmu kelautan itu berada pada kedudukan 204 dalam penarafan Ranking Universiti Dunia UI-Greenmetric.

Naib Canselor UMT, Prof Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, peningkatan itu jelas menzahirkan kejayaan dalam setiap penambahbaikan yang dilakukan oleh warga UMT serta mengorak langkah dalam usaha menjadikan kampus itu sebagai kampus lestari sejajar dengan kerangka Pelan Strategik UMT.

PROF DR. MAZLAN ABD. GHAFFAR

“Walaupun dilihat agak ‘muda’ berbanding universiti awam yang puluhan tahun lebih lama dari UMT, kita memiliki warga kerja yang berjiwa besar.

“Kejayaan ini juga hasil sumbangan secara kolektif dan aspirasi daripada semua pusat yang terlibat dan juga fakulti bagi memastikan kampus UMT kekal lestari,” katanya.

Tambah beliau, kedudukan terkini juga membuktikan bahawa kampus itu telah mendapat pengiktirafan secara berterusan sepanjang lima tahun penyertaan UMT dalam penarafan UI Greenmetric.

“Beberapa inisiatif akan diberi perhatian seperti sistem pengurusan air buangan, infrastruktur dan penyelidikan. 

“Saya juga harap agar penubuhan Makmal Penyesuaian Perubahan Iklim (CCA) di UMT dapat membantu UMT bagi memastikan kampus itu berada di kelompok terbaik bagi penarafan akan datang

“Penarafan bagi tahun 2021 menyaksikan UMT antara 956 institusi yang komited dalam usaha pemuliharaan alam sekitar,” ujarnya. 

Penarafan UI-Greenmetric mengukur komitmen universiti dalam membangunkan infrastruktur mesra persekitaran serta inisiatif melestarikan kampus.

Ranking UI-Greenmetric menilai usaha melestarikan kampus hijau menggunakan lebih 60 indikator dalam penilaiannya yang merangkumi enam skop utama iaitu keluasan tanah dan  infrastruktur (15 peratus), tenaga dan perubahan iklim (21 peratus), sisa buangan (18 peratus), air (10 peratus), pengangkutan (18 peratus) dan pendidikan sebanyak 18 peratus. – UTUSAN ONLINE

 

-HABIS-

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya