UMNO utamakan agenda rakyat - Utusan Malaysia

UMNO utamakan agenda rakyat

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO sebagai parti yang mengutamakan agenda rakyat akan terus menjadi wadah anak bangsa dalam memayungi kesejahteraan dan kejayaan negara berdaulat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO kemudian mengajak semua pihak membulatkan tekad agar parti keramat itu sentiasa dipelihara dengan semangat menjunjung kepentingan rakyat, agama, bangsa dan tanah air tercinta.

“Selamat bersidang kepada semua perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di seluruh negara.

“Sebagai parti yang mengutamakan agenda rakyat, UMNO akan terus menjadi wadah anak bangsa yang memayungi kesejahteraan negara, serta kejayaan negara berdaulat ini. 

“Bersama kita membulatKAN tekad agar parti keramat UMNO sentiasa dipelihara dengan semangat menjunjung kepentingan rakyat, agama, bangsa dan tanah air tercinta,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Mesyuarat perwakilan empat peringkat UMNO iaitu Wanita, Pergerakan Pemuda, Pergerakan Puteri dan UMNO Bahagian akan diadakan pada 11, 12 dan 18 Disember di seluruh negara.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 pula diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 13 hingga 15 Januari tahun depan  secara hibrid iaitu gabungan kaedah bersemuka dan maya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya