UMNO Alor Setar mahu lahir 'Satu Keluarga, Satu Profesional, Satu Usahawan' - Utusan Malaysia

UMNO Alor Setar mahu lahir ‘Satu Keluarga, Satu Profesional, Satu Usahawan’

MOHD. YUSOF ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: UMNO Bahagian Alor Setar akan memilih seorang calon yang sesuai mengikut kategori daripada setiap keluarga di sini bagi menjayakan Program ‘Hala Tuju 15 Tahun – Satu Keluarga Satu Profesional Satu Usahawan’ bermula Januari tahun hadapan.

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Yusof Ismail berkata, calon yang dipilih itu bermula dari umur 13 tahun untuk diberi pendedahan mengikut kecenderungan dan minat mereka sebagai professional atau usahawan.

Menurutnya, antara objektif program ini untuk meningkat ekonomi keluarga serta mempersiapkan diri mereka dalam mendepani persaingan yang semakin mencabar pada masa hadapan.

“Dalam masa 15 tahun, saya menyasarkan seramai 1,000 profesional dalam pelbagai bidang dan serta seramai 3,000 lagi menjadi usahawan dapat dilahirkan melalui program ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Yusof berkata, beliau berharap program ini akan direka bentuk secara holistik agar kepimpinan selepas ini juga dapat meneruskan program ini.

“Untuk memajukan sesebuah negara kita perlu majukan rakyatnya dari segi ilmu dan perancangan ekonomi mereka.

“Kita tidak mahu rakyat ketinggalan dengan arus kemajuan negara hingga menyebabkan golongan yang berpendapatan rendah tertinggal jauh dan akibatnya akan menjerumus mereka dalam masalah sosial yang merugikan.

“Setiap rakyat adalah aset yang bernilai untuk negara, oleh itu sebagai pemimpin kita perlu menjaga aset ini sebaik mungkin dan memberi nilai tambah terhadap aset tersebut,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mohd. Yusof berkata, beliau mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama kerajaan dalam mencapai objektif yang telah digariskan.-UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya