UMNO Alor Setar hantar bantuan  mangsa banjir Selangor - Utusan Malaysia

UMNO Alor Setar hantar bantuan  mangsa banjir Selangor

SEBAHAGIAN barangan yang disediakan oleh UMNO Bahagian Alor Setar untuk disumbangkan kepada  mangsa banjir di Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR:  UMNO Bahagian Alor Setar menghantar sebanyak 500 bungkusan barangan keperluan kepada mangsa banjir di Selangor, hari ini. 

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata,  antara barangan keperluan itu ialah air mineral,makanan dan tuala wanita.

Katanya, sebanyak 250 bungkus barangan itu diagihkan kepada penduduk di Hulu Langat dan 250 bungkus lagi dihantar ke Seri Muda, Shah Alam.

“Sumbangan kecil ini diharapkan dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terjejas di kawasan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Yusof berkata,  pihaknya dengan kerjasama syarikat-syarikat korporat lain akan berusaha untuk terus menghantar barangan keperluan itu di lokasi-lokasi lain yang turut terjejas selepas ini.

Selain itu, katanya, UMNO Bahagian Alor Setar akan menghantar sukarelawan dari Skuad Prihatin UMNO bahagian tersebut untuk membantu menjalankan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Selangor.

Katanya, anggota sukarelawan itu membantu membersihkan rumah-rumah  mangsa yang dimasuki lumpur.

“Skuad Prihatin UMNO Bahagian Alor Setar juga tampil menghulurkan bantuan di beberapa kawasan yang terlibat dengan bencana itu sebelum ini,” ujanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya