UiTM lancar kempen sumbangan 3,000 bakul makanan - Utusan Malaysia

UiTM lancar kempen sumbangan 3,000 bakul makanan

UiTM melancarkan Kempen Sumbangan 3,000 Bakul Makanan untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir di negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang mengadakan Kempen Sumbangan Bakul Makanan untuk mangsa-mangsa banjir.

Kempen tersebut menyasarkan kutipan sebanyak RM150,000 bagi menampung kos pembelian 3,000 bakul makanan dengan kos setiap bakul RM50.

Idea untuk mengumpul bakul makanan adalah hasil daripada mesyuarat antara Naib Canselor, Profesor Dr. Roziah Mohd. Janor dan Jawatankuasa Operasi Bencana Banjir UiTM, baru-baru ini.

Menurut poster digital kempen tersebut, orang ramai boleh menderma dengan menekan pautan https://bit.ly/BakulMakananUiTM2021.

Resit pengecualian cukai disediakan di akhir transaksi. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya