UDA tambah RM85,000 bantu mangsa banjir - Utusan Malaysia

UDA tambah RM85,000 bantu mangsa banjir

NORLIZA Abdul Rahim bersama Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Mohd. Salem Kailany menyantuni keluarga yang terkandas di Jalan Sepakat Kampung Parit Mahang, Jeram, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UDA Holdings Berhad (UDA) menyalurkan sumbangan tambahan berjumlah RM85,000 berupa barangan keperluan asas sperti toto dan makanan kepada mangsa banjir.

Pengerusinya, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, UDA sebagai syarikat pemaju hartanah, pengurusan aset dan fasiliti yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) terus giat menghulurkan bantuan kepada komuniti terkesan banjir.

“UDA mengambil langkah proaktif dengan menggerakkan bantuan ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor iaitu di Klang, Kuala Selangor, Kapar dan Kota Raja pada 23 Disember lalu.

“Sumbangan disalurkan ke beberapa lokasi di seluruh negara menjadikan jumlah sumbangan terkumpul sejak minggu lalu ialah RM135,000.,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Minggu lalu, negara digemparkan dengan beberapa kawasan di seluruh negara mengalami banjir sehingga mengakibatkan ramai yang terkesan ekoran kerosakan kediaman dan kenderaan.

Tambah Norliza, ketika dalam perjalanan menghantar bantuan ke Kuala Selangor, UDA berkesempatan menyantuni tiga keluarga iaitu Mazlan Md. Isa, Khairiah Kamarudin dan Rahim Kamarudin yang terkandas di Jalan Sepakat, Kampung Parit Mahang, Jeram.

“Sebelum itu, UDA bersama-sama MEDAC mendekati mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil di Hulu Langat bagi memberikan bantuan yang sama,” katanya.

Jelasnya, UDA turut menjelajah ke wilayah perniagaannya di Negeri Sembilan dengan menyalurkan sumbangan keperluan seperti toto kepada mangsa bencana banjir di Port Dickson dan Jelebu, pada 24 Disember lalu.

“Syarikat juga menyerahkan bakul makanan di Kuala Terengganu, semalam. Sebanyak 500 toto bakal diedarkan kepada mangsa banjir di sekitar Pahang dalam masa terdekat.

“UDA telah menyalurkan bantuan bernilai RM50,000 pada hujung minggu lalu. UDA bersama anak syarikat AnCasa Hotels & Resorts memulakan misi bantuan banjir pada hari Ahad minggu lalu dengan menyumbangkan 1,000 pek makanan ke PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Serai serta 600 bakul makanan ke beberapa buah PPS di Seremban, Dengkil, Shah Alam, Gombak dan Kuala Langat.

“Selain itu, UDA menerusi anak syarikat UDA Dayaurus Sdn. Bhd. turut membersihkan rumah-rumah yang terjejas akibat banjir di sekitar kawasan Kuala Langat,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau memberitahu, UDA menerusi Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan, Bahagian Modal Insan Kumpulan, Badan Kebajikan Kakitangan UDA (BKKU) serta Badan Didikan Islam UDA (BADIM) membantu kakitangan yang terkesan dengan memberikan cuti khas, bantuan kewangan, makanan, barang keperluan serta sukarelawan bagi membantu membersihkan kediaman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya