Tun M masih di IJN - Utusan Malaysia

Tun M masih di IJN

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN) untuk tempoh beberapa hari lagi.

Menurut kenyataan IJN, Ahli Parlimen Langkawi tersebut kini sedang menjalani beberapa rawatan yang dijangka selesai dalam beberapa hari.

“Tun Dr. Mahathir sedang menjalani beberapa rawatan yang dijangka selesai untuk tempoh beberapa hari. Beliau kekal berada di IJN sepanjang tempoh berkenaan.

“Memandangkan terikat dengan prosedur standard operasi (SOP), tiada pelawat dibenarkan melawat Yang Amat Berbahagia Tun,” kata kenyataan itu hari ini.

Semalam Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN pada pukul 7 petang bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemerhatian susulan.

Perkara itu dimaklumkan oleh IJN yang memaklumkan beliau dijangka berada di pusat rawatan itu untuk tempoh beberapa hari. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya