PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sebelum ini menjalani rawatan dan pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN) dibenarkan keluar dari pusat rawatan itu, hari ini.
Menurut kenyataan IJN, Ahli Parlimen Langkawi itu dibenarkan keluar pada pukul 11.30 pagi.
IJN memaklumkan, Dr. Mahathir sebelum ini menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan dan hari ini telah dibenarkan keluarkan sepertimana perancangan awal.
“Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Ali melahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan mengambil berat sepanjang Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN,” kata kenyataan itu.
Minggu lalu, Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemerhatian susulan. – UTUSAN ONLINE