Trizure galak usahawan, mangsa banjir sertai program Sharezeqi - Utusan Malaysia

Trizure galak usahawan, mangsa banjir sertai program Sharezeqi

ZUHAIRI AB. KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Syarikat multimedia, Trizure International (M) Sdn. Bhd. mengalakkan rakyat termasuk yang terjejas akibat musibah banjir menjadi usahawan menerusi program mentor-mentee, kongsi rezeki (Sharezeqi). 

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, program itu bertujuan memastikan limpahan ekonomi kepada pasaran tempatan serta membuka peluang pekerjaan supaya rakyat kembali mempunyai pendapatan.

“Yang betul-betul terkesan akan mendapat bantuan suntikan langsung dan kepada peniaga, bantuan kewangan dan etika perniagaan bakal disediakan serta yang menarik ialah banyak inisiatif bersifat pembiayaan dan Sharezeqi. 

“Formula Sharezeqi yang disantuni Trizure adalah berteraskan etika perniagaan yang mana ilmu pemasaran diutamakan. Bermula dengan zero modal, diberikan kursus, perniagaan secara hibrid, 70 peratus keuntungan dan Sharezeqi profit syarikat. 

“Pendapatan isi rumah dan golongan pertengahan dijangka dapat diperkukuhkan apabila pengukuhan ekonomi berterusan melalui program Sharezeqi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Zuhairi berkata, Sharezeqi adalah program penyayang yang cuba mengambil kira keperluan perniagaan dan juga rakyat.

“Ini kerana program ini memberikan fokus terhadap golongan B40 dan pada masa sama, tidak melupakan wanita, orang kurang upaya, M40, sektor tidak formal dan kumpulan etnik yang berbeza baik Bumiputera mahupun bukan Bumiputera.

“Ia penting bagaimana kita boleh keluar daripada ekonomi kita yang tertekan ketika ini kesan pandemik Covid-19 dan musibah banjir. Sharezeqi mengambil langkah yang betul,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya