Banjir: Air makin naik, bacaan ketinggian 67 meter, amaran bahaya di Kuala Tahan, Jerantut - Utusan Malaysia

Banjir: Air makin naik, bacaan ketinggian 67 meter, amaran bahaya di Kuala Tahan, Jerantut

BEBERAPA buah restoran terapung sudah dirapatkan ke tebing dan ditambat pada pokok besar berikutan kenaikan paras air di jeti Kampung Kuala Tahan di Jerantut, Pahang. - FOTO/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Paras air Sungai Tembeling menunjukkan trend menaik apabila mencatatkan paras setinggi 67 meter di Kuala Tahan dekat sini pada pukul 6 petang hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd. Zakhwan Ahmad Badarddin berkata, hujan berterusan di kawasan Hulu Tembeling sejak tiga hari lalu menyebabkan air Sungai Tembeling dan Sungai Gusai melimpah masuk ke penempatan pesisir sungai itu.

“Senario ini menyebabkan penduduk di pesisir kedua batang sungai itu berjaga-jaga sejak tengah malam tadi dan bagaimanapun masih tidak melibatkan pemindahan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Petang ini, saya memantau keadaan air Sungai Tembeling di pintu masuk Taman Negara mendapati Pulau Agoh di tengah sungai tersebut sudah ditenggelami air dan trend ini menunjukkan amaran apabila tempat menyukat air menunjukkan paras pada ketinggian 67 meter berbanding paras normal 60 meter,” katanya di Kuala Tahan di sini. 

Mohd. Zakhwan menasihati nelayan sungai supaya memberhentikan tangkapan ikan, manakala pemandu bot penambang perlu berhati-hati ketika mengharungi arus deras dan kawasan jeram.

Beliau berkata, sehingga pukul 6 petang ini air Sungai Tembeling menenggelami jeti Kuala Tahan, manakala kira-kira enam buah restoran terapung sudah ditambat pada batang pokok berdekatan tebing bagi mengelakkan dihanyutkan banjir.

Dalam perkembangan yang sama, banjir sudah memenuhi kawasan penempatan dan kedai kopi berdekatan pesisir Sungai Tembeling di Kampung Bantal, mukim Hulu Tembeling hari ini.

“Bagaimanapun belum masih ada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara sehingga pukul 6 petang ini,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya