GEORGETOWN: Tapak Penjaja Sementara (TPS) Lorong Baru di sini yang ditutup pada 23 November lalu bagi mengawal wabak Covid-19, dibuka semula mulai semalam.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)dalam sati kenyataan memaklumkan, TPS Lorong Baru itu beroperasi semula dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
“MBPP meneruskan pemantauan di situ dan lawatan mengejut diadakan dari semasa ke semasa. Ia dilakukan bagi memastikan kawalan di pasar tersebut dilaksanakan dengan baik supaya keselamatan dan kesihatan para peniaga, pembantu gerai dan orang awam sentiasa dijaga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAM ONLINE