TNB nafi video air sungai deras di Tasik Kenyir - Utusan Malaysia

TNB nafi video air sungai deras di Tasik Kenyir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Insiden air sungai deras yang tular dalam media sosial sejak semalam bukan berlaku di Tasik Kenyir.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, sungai yang dipaparkan dalam video tular itu sebaliknya adalah Sungai Telemong yang terletak berdekatan Pengkalan Gawi di Tasik Kenyir.

Bagaimanapun katanya, aliran sungai berkenaan tidak mengalir masuk ke tasik buatan manusia itu.

“Setakat ini, paras air di empangan Kenyir masih di tahap selamat dan terkawal.

“Orang ramai dinasihatkan usah terpedaya dan berkongsi berita tidak sahih dalam media sosial,” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasmi TNB Care di sini.

Video berdurasi 18 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu memaparkan air sungai deras hingga melimpah ke jambatan.

Setiap kali musim tengkujuh, berita palsu mengenai paras air di Stesen Janakuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud di Kenyir sering menjadi perkongsian ramai hingga mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.

Semakan Utusan Malaysia mendapati, lokasi video itu diambil adalah di Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KECV), bagaimanapun keadaan air sungai kembali baik kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya